PERANAN APERTUR
Kenali pengawal cahaya,symbol ‘f’ kamera…
Dalam istilah fotografi aperture(aperture) adalah saiz ‘lubang’ yang
ada dalam lensa yang menyalurkan cahaya yang masuk untuk
diserap ke sensor (ccd/cmos)kamera sistem digital()DSLR)atau
ke filem sistem kamera analog SLR. Ia berfungsi sebagai mana
kawalan deria anak mata hitam kita, terbuka luas apabila berada
di tempat gelap dan mengecil apabila berada di bawah cahaya
yang sangat terang.Besar kecilnya saiz lubang ini
diukur dengan penggunaan symbol ‘f’(fraction)dalam isitilah
fotografi juga disebut bukaan f-stop. Contoh f-stop yang
biasa dilihat adalah seperti berikut: f1.4,f2,f2.8,f4.0,f5.6,f8.0,f11,f16,f22
dan f32.Masih lagi keliru dengan istilah aperture dan f-stop?
Sebenarnya saiz bukaan lensa(apertur)yang besar adalah
dipadankan dengan nombor f-stop yang kecil.
Perlu difahami,semakin kecil bukaan f-stop semakin besar
lubang bukaan apertur dan maka lebih banyak cahaya yang
masuk untuk diserap masuk ke sensor kamera(ccd/cmos)
atau filem, sebagai contoh f2.8 menerima kemasukan lebih
banyak cahaya berbanding bukaan f16 yang memerlukan
dedahan cahaya lebih laman.
Contohnya,dalam suasana berkeadaan cahaya redup,penggunaan
aperture besar(nombor aperture f-stop kecil)dapat menarik
lebih cahaya untuk masuk dan mengeimbangkan semula kekurangan
cahaya pada imej gambar yang hendak dirakam,manakala aperture
kecil (nombor f-stop besar)dapat mengawal cahaya yang masuk dari
menjadi terlalu terang yang boleh memberi kesan (effect)’over expose’
pada subjek atau imej gambar.
Bukaan f-stop sebenarnya banyak mempengaruhi kesan ke atas
sesuatu subjek yang hendak diambil terutama dari segi
ketajamannya(sharpness). Bagi jurugambar akhbar misalnya,
soal ‘ketajaman’ gambar selalu diberi perhatian serius dan ia
menjadi sebahagian ukuran kualiti sama ada sesuatu gambar yang
dirakan itu bermutu atau tidak dan ia dapt memberi gambaran
kemampuan dan kehebatan jurugambar ketika ‘beraksi’ di lokasi
yang dianggap mencabar.
Penggunaan aperture kecil,sederhana atau kecil memberikan
impak yang nyata berbeza-beza ia disebut juga sebagai kesan
Depth of Field atau singkatannya DOF.
Elemen DOF akan membuatkan gambar atau subjek berada
dalam keadaan, Out Focus atau In Focus.
DOF digunakan bagi menjelaskan lagi elemen-elemen tertentu
dalam sesuatu gambar agar subjek yang diambil dapt
menghasilkan daya tarikan mata (eye catching)bagi sesiapa
yang melihatnya.
Kemahiran menggunakan aperture sebenarnya akan datang
dengan sendiri apabila kekerapan kita mempraktikannya dan
rajin mengambil gambar.Kesilapan akan menjadi panduan
untuk lebih berhati-hati di samping cuba memperbaiki
kekurangan yang ada…
Sumber dari BHarian..
Sekian,selamat mencuba!